HOME: KIK

KIK || Kumpulan Inovatif & Kreatif

E-mail Print PDF

KUMPULAN INOVATIF & KREATIF (KIK)

[ http://kik.uitm.edu.my/ ]

Apa itu KIK?

  • Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK) sebelumnya dikenali sebagai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja (KMK)
  • KMK telah diamalkan di UiTM sejak 1985 dan membuktikan kemampuannya untuk menghasilkan penyelesaian masalah kerja dan inovasi sistem kerja
  • Bermula tahun 2006 KIK telah diterima sebagai salah satu alat pengurusan yang mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua peringkat staf
  • Berbanding dengan KMK, tumpuan KIK tidak hanya menyelesaikan masalah jabatan tetapi juga penambahbaikan proses yang sedia melalui pengimplementasian proses, produk atau perkhidmatan baru
  • KIK selaras dengan strategi pembangunan ekonomi negara untuk melahirkan staf yang berpengetahuan, berkemahiran dan berdaya saing
  • Ini seterusnya akan merealisasikan hasrat UiTM sebagai sebuah universiti penyelidikan berasaskan keusahawanan (IERU) serta universiti bertaraf dunia menjelang 2020

Objektif KIK

  • Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada staf yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada KIK membuat persembahan projek
  • Menyediakan peluang untuk KIK berjumpa, berkongsi dan bertukar-tukar idea mengenai kaedah terbaik mengenai inisiatif penambahbaikan secara berterusan
  • Menyakin bahawa KIK adalah salah satu mekanisma pengurusan penting bagi menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan UiTM

Syarat Penyertaan

  • Penyertaan adalah terbuka kepada KIK yang dianggotai oleh staf UiTM sahaja
  • Setiap KIK hendaklah dianggotai oleh tidak melebihi 10 orang (tidak termasuk Fasilitator KIK)
  • Projek KIK mestilah telah selesai dilaksanakan sebelum konvensyen berlangsung dan diperakukan oleh Ketua Pusat Tanggungjawab telah diterima dan digunapakai dalam pengurusan jabatan
  • Projek KIK yang dicalonkan belum pernah dibentangkan dalam apa jua konvensyen kecuali Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon
  • Semua penganjur Mini Konvensyen KIK UiTM Peringkat Zon dibenar untuk mencalonkan projek KIK masing-masing yang berpotensi. Walau bagaimanapun, penyertaan muktamad dalam Konvensyen KIK UiTM adalah tertakluk kepada jemputan Jawatankuasa Pemandu Kualiti UiTM setelah calon memenuhi syarat penyertaan di atas.