Sukacita dimaklumkan bahawa UiTM Cawangan Pahang telah dipilih menjadi Tuan Rumah bagi Konvensyen KIK ZonTimur 2017. Semasa mesyuarat Jawatankuasa Pemandu KIK ke-3 bil 2/2016, perbincangan bersama Penyelaras Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Zon Timur iaitu UiTM Pahang, Terengganu dan Kelantan telah memutuskan UiTM Cawangan Pahang akan menjadi tuan rumah bagi melaksanakan Konvensyen KIK UiTM Zon Timur 2017. Adalah dijangkakan 15 KIK yang akan menyertai Konvensyen kali ini.  Projek KIK terbaik yang mendapat pingat emas akan dipilih untuk mewakili UiTM Zon Timur ke Konvensyen KIK UiTM tahun 2017 yang akan dianjurkan oleh Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) pada bulan November 2017.