1.0 Penyertaan terbuka kepada : 
1. Peserta
KIK terbaik daripada setiap kampus Zon Timur (Kelantan, Terengganu & Pahang) yang berminat membentangkan laporan projek Inovatif & Kreatif mereka.
2. Pemerhati
Individu dari setiap kampus yang berminat mendapatkan pendedahan mengenai aktiviti dan pencapaian projek KIK.
 
2.0 Permohonan Penyertaan
1. Peserta
2. Pemerhati
Setiap kampus dihadkan kepada 2 orang pemerhati sahaja.
Tarikh tutup permohonan penyertaan kumpulan adalah pada atau sebelum 14 September 2017 (Khamis).
 
3.0 Bahasa Pengantar
Persembahan projek samada disampaikan di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
 
4.0 Dokumentasi
1. Kertas Projek (Hard Copy)
  • Dicetak sebelah sahaja di atas kertas A4 (2 slides di dalam satu muka surat).
  • Dibuat di dalam 4 salinan.
2. Soft Copy Projek
Setiap kumpulan dikehendaki menyerahkan satu salinan soft copy persembahan projek di dalam bentuk CD dengan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint.
 
3. Poster
Setiap KIK dikehendaki menyediakan poster projek (dicetak sendiri) bersaiz A1 dan akan dipamerkan semasa konvensyen berlangsung.
 
4. Tarikh Serahan
Tarikh serahan hard copy, soft copy dan poster ialah pada atau sebelum 25 September 2017 (Isnin).
 
 5.0 Penjurian
  • Semua konvensyen KIK peringkat zon akan menggunapakai Borang Penjurian Peringkat Zon (UiTM-InQKA(KIK) B.05).
  • Semua konvensyen KIK peringkat Zon akan menganugerahkan 16 Anugerah khas (Rujuk Pengiktirafan dan Penganugerahan).
  • 2 Juri tetap bagi kesemua kategori (Inovasi, ICT, Proses dan P&P) akan dilantik oleh Pihak InQKA.